Beauty. Always be.

Beauty. Always be.

Permulaan Baru

 Setelah 10 tahun bermastautin di Selangor, kini tiba masa untuk berhijrah sepenuhnya di Kedah. Alhmadulillah Allah permudahkan segala urusan walaupun aku struggle juga pada awalnya. Mana taknya, dengan anak kecil (1 tahun) untuk uruskan proses pindah rumah. Banyak yang aku pendamkan dalam tempoh genting tersebut. 

Aku banyak memendam apa yang aku rasa dari keluarga aku. Bukannya mereka tak ambil tahu, tapi bagi aku, hal rumah tangga biar lah aku sendiri yang tahu. Enam (6) bulan tempoh yang sangat sakit apabila aku terpaksa uruskan anak dan kerja seorang diri. Suami? ada ja tetapi keberadaan suami aku jauh nun di Miri. Cukuplah aku sampaikan perkhabaran tentang aku dan anak kepada dia. Sebolehnya aku tidak mahu ganggu kerja dia di sana. Selagi aku boleh uruskan sendiri, akan aku cuba. 

Tetapi, Allah lebih tahu, aku cuba buat yang terbaik tapi akhirnya terkandas juga apabila aku mula burn out, mental wellbeing aku terganggu. Jujur masa ni aku memang perlukan sokongan yang positif. Aku banyak bergantung dengan moral support dari keluarga. Walaupun keluarga aku jauh, tapi mereka ada. 

Kini setelah ribut taufan yang aku hadapi sebelum ini, Allah telah hadiahkan pelangi kepada aku dan anak aku. Aku bersyukur dapat suami yang sangat memahami aku.