Beauty. Always be.

Beauty. Always be.

Interview


-- First time rasa tak kisah ja nak pergi interview. Selalunya ai dah prepare awal-awal document yang nak kena bawa. Maybe sebab selalu sangat pergi inteview ni hehe. Sampai dah hilang rasa cuak, gabra semua. --

-- Tapi tu la, harap-harap dapat la kerja ni. Maklum la dah nak masuk tahun baru ni kan. Tak kan nak tanam anggur lagi hehe. --

Tips Nampak Kurus dan Tinggi Dalam Gambar

 -- Ni satu lagi yang ai nak share. Cara ambil gambar untuk nampak kurus. --

--  Setiap kali ambil gambar ootd (Outfit Of The Day)berdiri, gigih cuba pose ikut tips untuk nampak kurus dan tinggi dalam gambar. Nampak kurus tu lagi penting ye sebab nampak tinggi orang tak kisah sangat. Untuk nampak lebih kurus dalam gambar, kebiasaanya akan buat beberapa tips berikut. --

1. Posisi senget
2. Bercekak pinggang
3. Satu kaki ke depan


-- Posisi satu kaki di lunjurkan ke depan adalah posisi yang paling win setakat ini. Antara gaya yang paling popular dan paling magik nampak kurus dalam gambar di abad ini. Rugi kalau kau orang tak mencuba tips yang dikongsikan oleh ai ni. Mudah je untuk aplikasi kan tips nampak kurus acah-acah seperti model. --



Tips Nampak Kurus dan Tinggi Dalam Gambar

1. Letak hujung kaki di hujung camera anda, untuk nampak ilusi ootd lebih tingi atau berkaki galah.

2. Jangan letak hujung kaki jauh dari hujung camera sebab dikhuatiti akan memberikan ilusi kaki pendek atau kontot.


Untuk Selfie Guide Nampak Kurus Dalam Gambar
1. Jarakkan handphone sejauh boleh

2. Elak ambil 'selfie' dari paras bawah

3. Ambil dari paras atas. Be sure camera lens orientation adalah atas.


4. Angle muka jangan straight on kepada camera



-- Untuk yang kaki bergambar tu, sila lah amalkan jika nak nampak kurus dalam gambar samada ber ootd mahupun selfie. Sebenarnya banyak lagi tips yang berguna untuk nampak kurus. Selain tips di atas, salah satu tips lain dengan memilih baju yang sesuai dari segi warna, corak dan fesyen. Kalau fesyen, warna dan corak yang tidak sesuai tetap tak boleh nampak kurus. Jadi, paling penting pilih baju yang sesuai. Kemudian ikut cara posing dalam gambar di atas. Tada --

Jodoh


-- Bila mana kau jadi pengirim jodoh untuk kawan sendiri.. apa yang kau rasa?  So entry ni ai tulis berdasarkan kisah kawan baik ai.. dimana dia dan sahabat ai masa dekat U dulu di jodohkan. --

-- Sahabat ai yang lelaki ni baru ja putus cinta dengan buah hati panggeran jantung dia (gf dia kahwin dengan orang lain). So kira nya si lelaki ni frust menonggeng la. Manakala kawna perempuan ai ni pula, dah 3 tahun single mingle. Bukan sebab tak nak bercinta, tapi dia tutup pintu hati dia untuk lelaki selepas dia kehilangan tunang dia. --

-- Dipendekkan cerita, ai ni jenis cepat bersimpati. So ai try la merisik kedua-dua sahabat ai ni. Ai buka la cerita si girl ni dekat sahabat ai yang lelaki ni. Nak dijadikan cerita, si lelaki ni setuju untuk berkenalan dengan kawan ai yang girl ni. Ai buat benda yang sama, ai cerita pasal sahabat lelaki ai dekat kawan girl. --

-- Ingatkan tak menjadi, tapi tak sangka kedua-dua mereka bagi kata persetujuan untuk try berkenalan dulu. So sampai la ke hari ni mereka masih kenal hati budi. Bagi ai, cukuplah dapat kenalkan mereka berdua. Mana tahu jodoh mereka bersamakan. Boleh juga ai tumpang gembira. hihi . --

Perumpamaan uoollss


--
Hidup itu terlalu banyak perumpamaannya. Ada yang mengaitkan dengan roda, ada juga yang mengaitkan dengan layang-layang. Semua perumpamaan ini mahu membantu kita untuk sedar akan beratnya beban hidup. Hidup satu bebanan kerana kita sedang memikul seribu satu tanggungjawab. Tanggungjawab manusia pastinya tidak semudah mengunyah kacang yang diambil dari balang. Ada proses yang lebih rumit untuk menuju satu titik kebahagiaan. Kebahagiaan juga bersifat subjektif kerana setiap manusia memiliki pandangan yang berbeza tentang kebahagiaan yang mereka cari walaupun pada dasarnya matlamat kita semua adalah satu. 

Bercuti tanpa melakukan apa-apa merupakan hari yang sangat membosankan. Doing nothing is feel like i am not really exist in this world. Agak melampau tetapi ai pernah terbaca ada tiga perkara yang boleh membuatkan kita bahagia.

1. Mencintai dan dicintai.
2. Mempunyai cita-cita.
3. Melakukan sesuatu pekerjaan.

Nah! Point ketiga itulah yang membuatkan ai sedikit kebosanan hari ini. Mungkin hari ini meruapakan hari bermalasan untuk ai. In Shaa Allah i am not going to do this again. Bermalasan seharian membuatkan ai rasa sedikit tepu di bahagian otak. Kurang befikir dan kurang bergerak. For those yang bekerja / telah melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat pada hari ini, anda telah menjadi orang yang berjaya. 
p/s: I need a vacation.  (gambar 3 tahun lps) -- 


Wordless Thursday


😄😄😄

Easy tutorial

hari ni ai nak share 1 blog yang boleh membantu untuk newbies macam ai ni belajar buat blog. Maklum la bila dah lama tinggal blog ni.. rasa lain pula.. hehehe .. 

ok bawah ni link blog yang ai follow tu..

http://www.lyssasecret.com/2010/12/tutorial-letak-ayat-di-bawah-setiap.html 

One of my fouvarite song


Caramell


-- berseri bagaikan bintang, ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang.biar pun aku yang asing, selalu memikirkan mu, ku percaya cinta itu memang buta. harap kau sudi mendengar deruan hujan jiwa ku. --