Beauty. Always be.

Beauty. Always be.

Perumpamaan uoollss


--
Hidup itu terlalu banyak perumpamaannya. Ada yang mengaitkan dengan roda, ada juga yang mengaitkan dengan layang-layang. Semua perumpamaan ini mahu membantu kita untuk sedar akan beratnya beban hidup. Hidup satu bebanan kerana kita sedang memikul seribu satu tanggungjawab. Tanggungjawab manusia pastinya tidak semudah mengunyah kacang yang diambil dari balang. Ada proses yang lebih rumit untuk menuju satu titik kebahagiaan. Kebahagiaan juga bersifat subjektif kerana setiap manusia memiliki pandangan yang berbeza tentang kebahagiaan yang mereka cari walaupun pada dasarnya matlamat kita semua adalah satu. 

Bercuti tanpa melakukan apa-apa merupakan hari yang sangat membosankan. Doing nothing is feel like i am not really exist in this world. Agak melampau tetapi ai pernah terbaca ada tiga perkara yang boleh membuatkan kita bahagia.

1. Mencintai dan dicintai.
2. Mempunyai cita-cita.
3. Melakukan sesuatu pekerjaan.

Nah! Point ketiga itulah yang membuatkan ai sedikit kebosanan hari ini. Mungkin hari ini meruapakan hari bermalasan untuk ai. In Shaa Allah i am not going to do this again. Bermalasan seharian membuatkan ai rasa sedikit tepu di bahagian otak. Kurang befikir dan kurang bergerak. For those yang bekerja / telah melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat pada hari ini, anda telah menjadi orang yang berjaya. 
p/s: I need a vacation.  (gambar 3 tahun lps) -- 


No comments:

Post a Comment