Beauty. Always be.

Beauty. Always be.

Fakta Tentang Air

--

Fakta Menarik Tentang air Dalam Tubuh Manusia

Fakta 1: Lebih kurang 70% daripada berat tubuh manusia adalah terdiri daripada air – 20% daripadanya berada di dalam darah.

Fakta  2: Satu kajian oleh H.H. Mitchell dalam Jurnal Kimia Biologi mengatakan bahawa amaun air dalam organ manusia ialah 73% dalam otak dan jantung, 83% dalam paru-paru, 79% dalam tisu otot & buah pinggang, 64% dalam jaringan kulit dan sekitar 31% dalam struktur tulang.

Fakta 3: Jumlah purata air yang diperlukan oleh manusia ialah 3 liter bagi lelaki dan 2.2 liter bagi wanita.

Fakta 4: Kita akan mula berasa haus apabila tubuh kehilangan 1% daripada jumlah airnya.

Fakta 5: Nak lebih menarik? Minum banyak air boleh membantu turunkan berat badan dengan cara meningkatkan metabolisma tubuh untuk membakar kalori dengan lebih cepat.

Fungsi Utama Air Kepada Tubuh

Air sangat penting kepada tubuh manusia. Ia membawa pelbagai fungsi yang utama seperti:
  1. Mengangkut nutrien dan oksigen kepada setiap sel tubuh
  2. Bertindak sebagai penebat haba untuk mengawal suhu dalaman tubuh
  3. Membantu proses metabolisma protein dan karbohidrat untuk penghasilan tenaga
  4. Menjadi pelindung sebagai penyerap hentak kepada organ penting seperti otak, saraf tunjang, dan fetus
  5. Membantu proses detoksifikasi untuk penyingkiran toksin dan bahan buangan melalui air kencing
  6. Bertindak sebagai pelincir untuk melindungi dan memelihara pergerakan sendi yang aktif.

Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Air (Dehidrasi)

Kita mula berasa haus apabila tubuh kehilangan 1% daripada jumpah keseluruhan air. Ia dapat ditunjukkan dengan respon perubahan tubuh melalui tanda-tanda berikut:
  1. Rasa Dahaga: Haus adalah tanda normal tubuh kita perlukan air. Cara terbaik ialah minum sebelum tekak rasa haus dan lebihkan air kosong.
  2. Rasa lapar: Ramai orang tersalah anggap bahawa bila kita rasa lapar, kita kena selalu makan. Kekurangan air dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa lapar terutamanya diantara waktu makan utama. Cara terbaik ialah sebelum kita mencapai makan, terlebih dahulu kita minum segelas air. Ini dapat membantu diet pemakanan kita dengan lebih baik.
  3. Air kencing bewarna gelap – warna kuning gelap atau oren : Air kencing sepatutnya berwarna kuning terang hingga ke jernih jika kuantiti air mencukupi di dalam tubuh. Bila air kencing berubah warna kepada lebih gelap atau berbau kuat, itu tanda kita perlu minum lebih air.
  4. Kulit Kering: Kulit adalah organ terbesar yang membaluti tubuh kita. Ia perlukan kelembapan untuk mengekalkan ciri-ciri dan fungsi utamanya. Selain kesan detoksifikasi, dehidrasi juga boleh menyebabkan kulit menjadi cepat kering, bersisik dan rasa gatal. Minum lebih air adalah cara terbaik untuk mncegahnya.
  5. Cepat rasa letih: Adakah air kosong membekalkan tenaga? Jawapannya tidak. Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori bahkan tidak memberikan tenaga. Mengapa kita cepat letih jika tanpa air? Air kosong membantu meningkatkan fungsi tubuh ke tahap optimum seperti proses penukaran makanan kepada tenaga, proses pengangkutan nutrien, proses penyerapan nutrien dan pelbagai proses kawalseliaan fungsi tubuh termasuk hidrasi.

Kesan Buruk Kekurangan Air Dalam Tubuh

Kekurangan atau kehilangan air dalam tubuh (dehidrasi), jika tidak diatasi segera boleh menyebabkan kesan buruk atau komplikasi negatif seperti berikut:
  1. Keletihan
  2. Migrain
  3. Kekejangan otot
  4. Sembelit
  5. Masalah buah pinggang
  6. Kulit kering
  7. Tekanan darah tidak stabil
  8. Membawa risiko maut – jika dehidrasi mencecah 20%

Kelebihan Minum Air Mencukupi Untuk Tubuh

1 – Cara Semulajadi Menghilangkan Pening Kepala

2 – Menurunkan Berat Badan

3 – Membantu Penghadaman dan Mengatasi Sembelit

4 – Mengelakkan kekejangan Otot dan memperbaiki Pergerakan Sendi

5 – Mencegah Keletihan

6 – Meningkat Produktiviti Kerja

7 – Tampak Lebih Muda

8 – Mengurangkan Risiko Kanser

9 – Mood Baik Untuk Hari Yang Baik

 

 

 

 

 

 

 

 

 





No comments:

Post a Comment